Tuesday 27 August 2013

Konvoi Kembara Merdeka Dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Bahagian Pedalaman Atas


KENINGAU: Konvoi Kembara Merdeka dan Kempen Kibar Jalur Gemilang (KMJG) anjuran Jabatan Penerangan Sabah meneruskan lagi jelajahnya di Zon Pedalaman Atas (Keningau-Tambunan-Tenom-Nabawan) bermula hari ini.

Jelajah dimulakan dengan pelancaran dan pelepasan konvoi KMJG yang disempurnakan oleh Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, YB Datuk Haji Sairin Karno, di sini, pagi tadi.

Sairin berkata KMJG ini mampu menyemarakkan semangat penduduk di kawasan sekitar untuk sama-sama mengibarkan jalur gemilang sempena bulan kemerdekaan.

Dalam pada itu, beliau turut menyampaikan titik sentuhan berupa hamper dan beras kepada yang memerlukan dan mengagihkan jalur gemilang di Pekan Keningau.

Selepas itu konvoi singgah di Komuniti 1Malaysia (K1M) Kampung Banjar, Sekolah Menengah Kebangsaan Keningau 2, K1M Tudan Baru, Kem Latihan Khidmat Negara Tanaki Tambunan dan berakhir di Rumah Anak Yatim Tambunan hari ini.

Konvoi disertai 22 buah kenderaan dari pelbagai agensi dan jabatan kerajaan membabitkan 70 peserta dan 40 anak-anak muda berbasikal.

Esok konvoi akan bertolak ke Dataran Kemabong, Tenom, Pekan Tamu Nabawan, dan mengadakan majlis penutupan KMJG Zon Pedalaman Atas di Kampung Sinulihan./-PENERANGAN

No comments:

Post a Comment