Manja (Tengah ) menyaksikan penyerahan Jalur Gemilang yang disampaikan oleh Peter (Kanan) kepada Pengerusi Kominiti Kampung Unggun Jaya, Haji Samsuddin ( kiri) |
Kota
Kinabalu: ‘Kibarlah Jalur Gemilang sepanjang bulan
kemerdekaan dengan hati yang ikhlas
kerana ia adalah sebahagian kepada asas
kesetiaan kita terhadap negara
yang tercinta’.
Pemimpin Kemajuan Rakyat Karambunai, Encik Manja Ag. Bahar berkata demikian semasa
merasmikan majlis pelancaran Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Bandaraya
Kota Kinabalu mewakili Yang
Berhormat Datuk Hajjah Jainab DSP Hj Ahmad
Ayid, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna yang berlangsung di
Dewan Komuniti Kampung Unggun Jaya Menggatal, pagi tadi.
‘Dengan hati yang penuh ikhlas dan rasa bangga
menjadi rakyat Malaysia, sudah pasti budaya mengibarkan Jalur Gemilang bukan
setakat menjadi amalan pada bulan kemedekaan tetapi akan menjadi budaya harian masyarakat
di negara ini’, katanya.
Tambah Beliau, perbuatan mengibarkan jalur
gemilang dengan penuh rasa ikhlas sudah pasti mendapat hikmah tersendiri bukan
sahaja menjadi amalan dan ikutan masyarakat pelbagai kaum yang lain, malah ia akan mempengaruhi jiwa kita untuk
terus memelihara kemerdekaan sepanjang 56 tahun kita mengecapi kemerdekaan.
Majlis pelancaran Konvoi Kembara Merdeka dan
Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu anjuran Jabatan
Penerangan turut diisi dengan program penyampaian bantuan kepada golongan yang memerlukan merangkumi individu di kawasan-kawasan perhentian konvoi selain upacara pengagihan
Jalur Gemilang kepada masyarakat setempat termasuklah sekolah-sekolah
serta permis perniagaan.
Hadir sama Ketua Penolong
Pengarah Bahagian Kota Kinabalu yang
juga Ketua Konvoi Program Kembara Encik Peter Tong Ah Pin serta Pengerusi
Komuniti Kampung Unggun Jaya Tuan Haji Samsuddin Ag. Aman.-/PENERANGAN
No comments:
Post a Comment