Tuesday 13 August 2013

Pengakap Melahirkan Generasi Yang Berwibawa - Musa

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman merasmikan Jambori Antarabangsa 100 Tahun Pengakap Sabah
SANDAKAN: Persatuan Pengakap melahirkan generasi yang yang berwibawa untuk menjadi pemimpin negara dimasa hadapan.

Mereka telah dipupuk semenjak dibangku sekolah untuk menjadi seorang pemimpin yang berkaliber dimasa akan datang, menurut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Beliau yang juga merangkap Ketua Pengakap Negeri Sabah menjelaskan bahawa Pengakap merupakan Persatuan belia yang terunggul di negeri ini dan menjadi contoh kepada persatuan-persatuan lain, beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Pelancaran Jambori Antarabangsa 100 Tahun Pengakap Sabah di Scouts Nature Park, Sandakan, hari ini.

Kata Musa, Jambori Pengakap Sabah Kedua 2013 ini adalah untuk mewujudkan dan mengeratkan persaudaraan diantara ahli Pengakap dan merupakan pendedahan kepada masyarakat tentang program-program yang dijalankan oleh Pengakap, katanya.

Program yang disertai lebih daripada 6,000 ribu peserta ini, terdiri daripada lapan buah Negara iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand, Nepal, Hong Kong dan Maldive adalah satu medium terbaik untuk mempromosikan keunikan Sabah kepada Negara luar, katanya lagi.
      
Beliau juga berharap supaya program ini dapat memperkayakan ilmu pengetahuan dan memberi pengalaman baru kepada para peserta  yang mengikuti program ini,sebagai tambahan beliau

Persatuan Pengakap yang menyambut ulangtahun ke-100 tahun hari ini, kini sudah mempunyai ahli seramai 68,000 ribu di negeri ini, menurut beliau lagi.

Hadir sama Menteri Belia Dan Sukan Sabah, Datuk Haji Tawfik Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan, Ketua Pengakap Negara, Dato’ Seri Paduka Dr. Haji Mohd. Shafie Haji Mohd Salleh dan Ketua Pesurujaya Pengakap Negeri Sabah, Datuk Awang Zaini Haji Suntim.

No comments:

Post a Comment