Wednesday 21 August 2013

Pupuk Kasih Sayang Untuk Keharmonian Negara - Sapawi

PELEPASAN...Sapawi mengibarkan jalur gemilang tanda bermulanya penjelajahan konvoi KMJG 2013 sambil diperhatikan oleh Jalani (paling kanan), Manap (dua dari kanan), Ahmad (tida dari kanan) dan Almain (lima dari kanan)
SIPITANG : Ibu bapa perlu
 menyemat dan
 memupuk rasa kasih sayang terhadap negara
 kepada
 anak-anak mereka bermula di rumah
bagi
 mencapai keharmonian dan
 mengekalkan
 perpaduan
 di kalangan masyarakat
.
 
Exco Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Sapawi Haji Ahmad berkata kasih sayang itu penting bagi memastikan generasi muda terus menghargai serta menghayati nikmat kemerdekaan.
 
"Generasi kini hanya menikmati hasil daripada perjuangan tanpa melihat bagaimana duka nestapa perjuangan para pejuang kemerdekaan.
 
"Pemikiran dan paradigma anak-anak perlu dianjak sekaligus meletakkan asas yang kukuh bermula daripada kasih sayang kepada keluarga, kampung dan masyarakat yang berbilang kaum, daerah, negeri dan negara," katanya selepas Majlis Pelancaran Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) dan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sabah 2013.

Sapawi turut menyarankan agar generasi muda kini diberikan suntikan semangat patriotisme yang bermula di bangku sekolah.
 
"Keamanan akan mudah hancur sekiranya alpa daripada konsep patriotisme itu," katanya lagi.
 
Terdahulu beliau melaksanakan 'flag off' Konvoi KMJG yang disertai oleh 35 buah kenderaan pelbagai jabatan yang menjelajah untuk mengedarkan jalur gemilang kepada orang ramai termasuk di  premis-premis perniagaan, pejabat, masjid, gereja, sekolah-sekolah dan kampung.
 
Antaranya ialah SK Matintaman, Masjid Kg Pantai, Gereja Kg Ranau-ranau, Balairaya Kg Siputol, Pekan Mesapol dan SK Banting.
 
Sapawi juga turut meyampaikan jalur gemilang kepada 26 wakil-wakil jabatan serta agensi kerajaan di daerah itu untuk dikibarkan sempena dengan kempen berkenaan.
 
Bagi daerah Sipitang, konvoi tamat di SK Kg Melalia yang disempurnakan oleh  Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin, YB Haji Ahmad Haji Bujang.
 
Konvoi KMJG 2013 ini akan bergerak ke daerah Beaufort mulai esok, Kuala Penyu pada 23 Ogos dan Papar pada 24 Ogos.
 
Hadir sama pada majlis itu, Penagrah Penerangan Sabah, Haji Almain Ajirul; Pengarah PenyiaranKawasan Sabah (RTM), Abdul Jalani Mahmud; Pengarah JASA, Haji Abdul Manap Lakariba dan Timbalan Pengarah SKMM Wilayah Sabah dan Labuan, Jusly Elias. /PENERANGAN-

No comments:

Post a Comment