Friday 16 August 2013

Kunjungan Hormat Ketua Pengarah YaPEIM ke Istana Negeri


KOTA KINABALU : Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun
 Datuk Seri Panglima
 Haji Juhar Haji Mahiruddin menerima kunjungan Hormat daripada Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Dato (Dr) Haji. Abdul. Malek Awang Kechil, disini hari ini.

Kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk mengundang T
 un Juhar
 untuk hadir ke Majlis Hi-Tea Kejohanan Golf Amal Silaturahim sempena sambutan Hari Raya Aidifitri YaPEIM Negeri Sabah.

Kata Abdul Malek, tujuan penganjuran Kejohanan Gofl Amal ini adalah untuk mengeratkan hubungan YaPIEM dengan pelbagai pihak termasuk Agensi Kera
 j
aan, Syarikat Swasta dan Organisasi Korporat di Malaysia melalui kerjasama serta perkongsian pintar dalam pelbagai bidang.

Selain itu, ia juga adalah untuk memupuk semangat berpasukan dan pe
 r
muafakatan yang jitu antara YaPIEM dan tokoh-tokoh korporat dari pelbagai se
k
tor, katanya.

Beliau yang juga merupakan Ketua Pengawai Eksekutif Kumpulan YaPEIM berkata, objektif YaPIEM ini adalah untuk menangani persoalan Masyarakat secara realisti, bersepadu, strategi dan professional melalui usaha meningkatkan taraf sosioekonomi dan membangunkan institusi 
I
slam demi kepentingan pembangunan Ummah.

Ya
 P
IEM ini juga menghidupkan Budaya Amal Jariah dengan menyediakan prasarana yang diyakini untuk masyarakat melaksanakan Sadaqatul Jariah melalui pendekatan pengurusan moden, katanya lagi.-/PENERANGAN

No comments:

Post a Comment