Tuesday 27 August 2013

TYT Terima Kunjungan Hormat Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Tun Haji Juhar (Tengah) Bersama Dr. Mohd Harun (Dua Dari Kiri) Dan Ahli Rombongan Yang Lain
KOTA KINABALU: Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin menerima kunjungan hormat Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS),Profesor Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah bersama ahli-ahli rombongannya di Istana Negeri dekat sini, pagi tadi.

Kunjungan tersebut bertujuan menjemput Tun Haji Juhar ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMS yang akan diadakan esok di kampus tersebut di samping memaklumkan kepada Tun Haji Juhar yang juga merupakan Canselor UMS mengenai penyambungan lantikan Pengerusi Eksekutif YTL Power International, Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Yeoh Tiong Lay sebagai Pro- Canselor bagi universiti tersebut.

Beliau turut memaklumkan bahawa UMS telah bersiap sedia menerima seramai lebih kurang 4 ribu pelajar-pelajar baru daripada pelbagai jurusan yang akan mendaftar pada 1 September ini.


Beliau juga berharap agar pengambilan para pelajar baru kali ini dapat sekurang-kurangnya menghampiri sasaran universiti tersebut iaitu nisbah 60 peratus para pelajar menceburi dalam bidang sains.-/PENERANGAN

No comments:

Post a Comment