Thursday 29 August 2013

Konvoi KMJG Zon Pedalaman Atas Tamat Jelajah Kelmarin


KENINGAU: Peserta Konvoi Kembara Merdeka dan Kempen Jalur Gemilang Zon Pedalaman Atas telah menamatkan jelajahnya di destinasi terakhir iaitu Komuniti 1Malaysia (K1M) Kampung Sinulihan, Sook, petang kelmarin.

Ketua Konvoi, Hendry Nurdin berkata kerjasama dan penglibatan yang aktif antara agensi dan pelbagai jabatan kerajaan telah menjayakan matlamat konvoi ini iaitu menyemarakkan semangat kibar jalur gemilang masyarakat di sini sempena bulan kemerdekaan.

Antara agensi dan jabatan kerajaan yang menyertai konvoi ini seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Antidadah Kebangsaan, Hospital Keningau dan Jabatan Kebajikan Keningau.

Majlis Penutupan Kembara Merdeka dan Kempen Jalur Gemilang ini telah disempurnakan oleh Penolong Pegawai Daerah Sook, Primus Takom.

"Usaha murni semua peserta konvoi yang terlibat patut dipuji dan dicontohi oleh semua pihak," kata Primus.-/PENERANGAN

No comments:

Post a Comment