KOTA KINABALU: Perayaan Hari Merdeka tidak sempurna tanpa rasa syukur dan mengenang serta menghargai jasa pengorbanan para pejuang kemerdekaan negara.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata,mereka telah mencetus dan merintis kemerdekaan
,
seharusnya
generasi pasca merdeka perlu bertanggungjawab mengisi, memanfaatkan dan mempertahankan kemerdekaan
tersebut
.
“Marilah kita merakamkan rasa penghargaan dan terima kasih kepada anggota pasukan keselamatan di seluruh negeri ini khususnya yang telah berjuang mempertahankan kedaulatan negara dalam insiden berdarah di K
ampun
g Tanduo, Lahad Datu dan K
ampung
Simunul, Semporna
dalam
Op Daulat
yang lalu
.
“Kepada perwira negara yang telah gugur, kita doakan semoga roh mereka dicucuri rahmat.
“Kepada mereka yang meneruskan perjuangan dalam Op Sanggah di bawah ESSCOM, kita doakan selamat berjuang demi maruah dan kedaulatan negara,” katanya dalam perutusan khas sempena Hari Kemerdekaan Ke-56 di Dataran Merdeka, malam tadi.
Musa juga turut meny
e
ru rakyat
di negeri ini agar
terus berganding bahu dan mengukuhkan perpaduan
yang sedia ada t
anpa mengira latar belakang
.
Katanya lagi,
rakyat perlu terus memelihara hubungan baik dan me
n
gelakkan diri daripada membangkitkan isu-isu yang boleh menjejaskan keharmonian sesama kita.
“Apa jua isu yang menyentuh sensitivit
i
mana-mana pihak perlu diselesaikan dengan sebaik-baiknya sebagai sebuah keluarga Malaysia yang harmoni dan bersatu padu,” jelas beliau./PENERANGAN-
No comments:
Post a Comment