Friday 23 August 2013

Generasi Baru Diseru Hayati Sejarah Kemeredekaan

Limus melepaskan konvoi KMJG 2013 yang disertai 10 buah kenderaan bermula di Pekan Kuala Penyu sehingga ke Pekan Menumbok

KUALA PENYU : Masyarakat di negeri ini diseru menghayati sejarah kemerdekaan bagi mewujudkan semangat patriotisme khususnya generasi baharu.
 
Ahli Dewan Undangan Kuala Penyu, Limus Jury berkata kebanyakan golongan itu hanya mewarisi nikmat kemerdekaan daripada para pejuang kemerdekaan daripada pejuang yang terdahulu. 
 
"Sebahagian besar generasi hari ini adalah generasi pasca merdeka yang tidak melihat dan merasai kepahitan serta kepayahan dalam mendapatkan kemerdekaan negara.
 
"Oleh itu, mereka dilihat sebagai golongan yang kurang dan sukar menghayati erti kemerdekaan yang kita capai sejak 56 tahun yang lalu," katanya.
 
Mengenai Program Konvoi dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2013, beliau sangat menyokong program berkenaan dan sesuai dengan sambutan bulan kemerdekaan yang disambut setiap bulan Ogos sehingga 16 September ini.
 
Menurutnya, program sedemikian dapat memupuk semangat perpaduan yang tinggi di kalangan masyarakat selain semangat cinta kepada negara.
 
Semangat perpaduan yang jitu di kalangan rakyat dapat menjana rasa tanggungjawab untuk mempertahankan negara dan bersedia menghadapi apa jua cabaran.
 
Beliau berkata demikian semasa berucap melancarkan Majlis Pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2013 dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Dearah Kuala Penyu di sini, pagi tadi.
 
Pada majlis itu, Limus membuat pelepasan konvoi yang disertai 10 buah kenderaan daripada pelbagai jabatan yang menjelajah bermula di daerah berkenaan sehingga ke Pekan Menumbok.
 
Antara yang hadir Pegawai Daerah, Edmund Teo dan Pegawai Penerangan Bahagian Pedalaman Bawah, Zulhanin Hasni./PENERANGAN-

No comments:

Post a Comment