Saturday 24 August 2013

Patriotisme Pertahan Daulat Negara - Rahim

KONVOI...Rahim membuat 'flag off' konvoi KMJG 2013 Peringkat Daerah Papar
PAPAR : Semangat patriotisme yang ditanam dalam sanubari rakyat mampu melahirkan semangat untuk mempertahankan kedaulatan negara .
 
Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (SLDB) merangkap Ahli Dewan Undangan Pantai Manis, Datuk Haji Abdul Rahim Ismail berkata sempena dengan sambutan 56 tahun kemerdekaan masyarakat di negara ini diseru menzahirkan semangat patriotisme dengan mengibarkan jalur gemilang.
 
"Masyarakat seharusnya menyambut bulan kemerdekaan ini dengan lebih bersemangat kerana tema pada tahun ini berkait dengan kedaulatanb negara.
 
"Oleh itu semangat yang ditunjukkan untuk mempertahankan kedaulatan negara itu adalah lebih daripada sekadar mengibarkan jalur gemilang," katanya selepas membuat pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2013 Peringkat Daerah Papar di Taman OKK Mahali, pagi tadi.
 
Konvoi yang disertai 10 buah kenderaan daripada pelbagai jabatan menjelajah ke Komuniti 1 Malaysia (K1M) Kg Benoni, Kem PLKN Ovai dan K1M Pengalat sebagai destinasi penutupan konvoi berkenaan.
 
Rahim turut menyeru kepada para pemilik premis perniagaan, pejabat serta masyarakat agar terus mengibarkan jalur gemilang sehingga 16 Ogos ini.
 
Turut hadir Ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Pegawai Daerah, Iman Ali./PENERANGAN-

No comments:

Post a Comment