KOTA KINABALU : Sepuluh finalis akan berentap merebut gelaran Juara Bintang Remaja Peringkat Negeri Sabah, sabtu ini.
Mereka terdiri daripada Ahmad Fadle Patrick @M. Zulkarnain, 21, Sandakan; Fitrisha Feerid,16, Wilayah Persekutuan Labuan; Hendreitta David,16, Penampang; Donovond Andrey Damianus,31, Tambunan; Zuana Zulmat,18, Sandakan; Mohd Yatim Naming,21, Papar; Jacynetha Kensoi,20, Kudat; Suriyati Safar,17, Beaufort; Norazah Rosli,18, Papar dan Rizwanlie Mazran,13, dari Tawau.
Timbalan Pengarah RTM Sabah, Ali Ngasio mengumumkan demikian pada sidang media pertandingan tersebut di Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dekat Kepayan, petang tadi.
Menurutnya, johan akan menerima hadiah berupa wang tunai RM2,000, trofi dan sijil penyertaan.Manakala, bagi naib johan dan tempat ketiga masing-masing akan menerima RM1,500 dan RM1,000 beserta trofi dan sijil."
Hadiah persembahan terbaik pula berupa wang tunai RM700.
"Bagaimanapun, para peserta yang kurang bernasib baik akan membawa pulang saguhati wang tunai RM500.
"Orang ramai dialu-alukan menyaksikan pertandingan itu di Studio TV RTM, kompleks tersebut bermula jam 8 malam.
"Bagi para pendengar, mereka juga boleh mengikuti pertandingan berkenaan menerusi siaran Sabah fm dan live streaming di www.rtmsabah.gov.my ," jelas beliau.
Selain persembahan peserta, khalayak akan dihiburkan oleh penyanyi Reynaldo Pagi serta Puteri Nurain Nordin. Pertandingan akan diiringi oleh Kombo RTM Sabah dan diadili oleh juri profesional./PENERANGAN-
No comments:
Post a Comment