Thursday, 12 September 2013

Orang Ramai Dijemput Ke Program Larian Patriotik, Sihat Dan Cergas Ahad Ini


KOTA KINABALUOrang Ramai dijemput memeriahkan Program Larian Patriotik, Sihat dan Cergas, ahad ini.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir berkata program tersebut akan diadakan di Padang Merdeka.

“Program Larian Patriotik, Sihat dan Cergas, ini adalah anjuran bersama DBKK dan Kementerian Belia dan sukan.

“Larian sejauh 4km ini adalah terbuka kepada semua peringkat umur dan tiada sebarang yuran dikenakan, ianya bukan satu pertandingan namun peserta yang menghabiskan larian dalam masa satu jam akan layak mendapat tiket cabutan bertuah.

“Lebih 50 buah hadiah yang lumayan seperti telefon bimbit Samsung Galaxy, basikal, barangan elektrik, barangan sukan dan banyak lagi,” kata beliau semasa sidang akhbar Program Larian Patriotik, Sihat dan Cergas, Program Patriot Kempen Anti Kutu Sampah 2013 dan Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang Hari Malaysia di pejabatnya, pagi tadi.

Menurutnya, antara objektif penganjuran adalah sebagai medan menggalakkan penyertaan, meningkatkan minat serta kecenderungan masyarakat umum berkecimpung di dalam aktiviti sukan massa dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Patriot Kempen Anti Kutu Sampah (KAKS) 2013 adalah salah satu program alam sekitar yang dijalankan sempena Sambutan 50 Tahun Sabah Maju Jaya Dalam Malaysia.

Tambahnya, tujuan program berkenaan adalah untuk meningkatkan lagi tahap kebersihan persekitaran untuk menjadikan kawasan Bandaraya Kota Kinabalu bersih dan berupaya menarik lebih ramai pelancong.

“Turut diadakan Kembara Merdeka Jalur Gemilang Hari Malaysia anjuran bersama Jabatan Penerangan Negeri Sabah dan DBKK bagi meningkatkan semangat patriotism dan memeriahkan suasana Sambutan Bulan Kemerdekaan”, jelasnya.

Hadir sama Ketua Pengarah DBKK, Datuk Yeo Boon Hai, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Belia Dan Sukan Sabah, Penyuki Matta dan Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Sabah, Yunus Saprin.-/PENERANGAN

No comments:

Post a Comment