Sunday, 8 September 2013

Musa Rasmi Penutupan Pesta Rumbia 2013

MENGGARUS RUMBIA...Masidi (kanan) dan Musa (empat dari kiri) sedang menggarus batang rumbia sebagai gimik perasmian penutupan Pesta Rumbia Kali Ke24 sambil disaksikan Azizah (tiga dari kiri) dan Limus (tiga dari kanan)
KUALA PENYU :  Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman merasmikan Majlis Penutupan Pesta Rumbia Kali Ke-24 di dewan terbuka dekat pekan, pagi tadi.

Berucap pada majlis itu, Musa berkata sesuai dengan tema 'Pesta Rumbia Pemangkin Pelancongan dan Pembangunan', kerajaan mempunyai perancangan bagi membangunkan serta memajukan lagi daerah berkenaan.

"Apa yang penting ialah kerjasama yang baik dan padu antara kerajaan, pegawai-pegawai kerajaan serta rakyat yang siterjemahkan melalui semangat dan amalan kerja berpasukan," katanya.

Pada majlis itu beliau juga telah mengumumkan kelulusan peruntukan pesta berkenaan dengan jumlah yang akan dibincang kelak.

Turut hadir, Ahli Parlimen Beaufort merangkap Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun; Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Penyu, Limus Juri dan Pegawai Daerah, Edmund Teo./PENERANGAN-

No comments:

Post a Comment