Tuesday 24 September 2013

Program KABB Membakut pada 29 September

KOTA KINABALU: Biro Pengaduan Awam Negeri Sabah, Jabatan Perdana Menteri (BPA)  akan mengadakan Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) bertempat di Dewan Serbaguna Membakut pada 29 September ini.

Pegawai Perhubungan Awam BPA, Encik  Ismail Bin Daim berkata program ini merupakan satu lagi langkah proaktif Kerajaan untuk mendekati masyarakat bagi merasai dan menyelami permasalahan yang dihadapi di kawasan terlibat.

Program bermula  8.00 pagi hingga 1.00 tengahari dijangka akan dirasmikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N24 Membakut, Datuk Haji Mohd Ariffin Arif.

Tambahnya, lebih 28 Jabatan dan Agensi Kerajaan  akan membuka kaunter aduan dan perkhidmatan bagi memudahkan orang ramai khususnya penduduk di kawasan Membakut dan Beaufort menyuarakan isu dan masalah terus kepada jabatan/agensi yang terlibat.

Orang ramai khususnya  masyarakat di kedua-dua daerah disaran merebut peluang untuk hadir pada program ini. Untuk keterangan lanjut orang ramai boleh berhubung terus dengan Encik Ismail Bin Daim di talian 088-280300 atau melalui e-mail ismail@pcb.gov.my.

No comments:

Post a Comment