Thursday 19 September 2013

Majlis Malam Mesra Bersama Puspanita Jabatan Penerangan Malaysia

Kelihatan Hajah Masniah menyampaikan cenderakenangan kepada Datin Salehah (kiri sekali)
KOTA KINABALU: Seramai 30 orang ahli-ahli Puspanita Jabatan Penerangan Malaysia dari Kuala Lumpur yang mengadakan sesi lawatan ke Negeri Sabah selama 4 hari telah diraikan pada Majlis Malam Mesra Bersama Puspanita Jabatan Penerangan Malaysia di salah sebuah hotel terkemuka, di sini, malam tadi.

Pengerusi Puspanita Jabatan Penerangan Malaysia, Datin Salehah Abdull Hak, ketika berucap pada majlis tersebut, berasa amat bertuah kerana dapat mengadakan sesi lawatan ke Negeri di Bawah Bayu ini, lebih-lebih lagi sempena Sambutan Hari Malaysia ke -50 yang baru diraikan oleh masyarakat negeri ini pada 16 September yang lalu.

"Melalui lawatan yang diadakan, ia akan mengeratkan lagi tali silatulrahim antara semua ahli-ahli Puspanita antara semenanjung mahupun dari Sabah sendiri dan berharap agar ahli-ahli Puspanita dari Jabatan Penerangan Sabah dapat mengadakan lawatan  balas ke Semenanjung pada masa yang akan datang, katanya lagi.

Selama lawatan tersebut, ahli-ahli rombongan telah di bawa melawat ke tempat-tempat menarik di daerah Ranau seperti Kolam Air Panas Poring, Timpohon Gunung Kinabalu, Pulau Manukan serta akan di bawa melawat ke daerah Papar pada hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Puspanita Jabatan Penerangan Negeri Sabah, Hajah Masniah Tarah; Pengarah Jabatan Penerangan Sabah, Haji Almain Ajirul serta Timbalannya, Yunus Haji Saprin.-/PENERANGAN

No comments:

Post a Comment