PAPAR : Rombongan Puspanita Jabatan
Penerangan Malaysia (JaPen) Kuala Lumpur mengadakan lawatan muhibah ke pusat
pengeluaran produk makanan tradisi di sini, kelmarin.
Pengerusinya, Datin Salehah
Abdull Hak mengetuai rombongan seramai 30 orang itu melawat ke pusat
pemprosesan kuih lidah di Kg Berundung serta pusat pengeluaran kuih cincin dan
kelupis di Kg Melugus.
Mereka yang tiba di Kota Kinabalu
sejak 16 September lalu, juga sempat melawat Rumah Puspanita daerah ini dan
diraikan dalam majlis makan tengah hari di dewan pekan berkenaan dan diringi
oleh Penegrusi Puspanita Daerah, Asmiah Mohd Yusof serta Pegawai Daerah, Iman
Ali.
Turut serta dalam rombongan
tersebut ialah ahli-ahli Puspanita Jabatan Penerangan Negeri Sabah yang
diketuai pengerusinya, Hajah Masniah Tarah dan timbalannya, Dg Ainun
Bujang./PENERANGAN-
No comments:
Post a Comment