Monday 2 September 2013

Jabatan Penerangan Sabah Anjur Forum Isu Semasa Sabah

AHLI-AHLI PANEL FORUM... Sapawi (dua dari kiri) yang juga merupakan salah seorang ahli panel forum bersama-sama Madius (dua dari kanan) dan Prof. Hamdan (paling kanan) mengupas isu-isu semasa yang berbangkit. Turut ada sama Ahmad Mahmud (paling kiri) sebagai moderator forum.
KOTA KINABALU: Penganjuran Program Forum Isu Semasa adalah sangat wajar dan signifikan dengan situasi semasa negara
 iaitu wujud
 anasir-anasir tidak baik yang cuba meracuni fikiran rakyat dan memecahbelahkan 
keharmonian hidup bermasyarakat
, kata Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad.

Forum yang bertajuk Perpaduan Rakyat: Keharmonian Hidup Bermasyarakat anjuran melalui jalinan kerjasama Bahagian Pengurusan dan Analisis Maklumat (BPAM) dan Jabatan Penerangan Negeri Sabah adalah bertujuan menyediakan maklumat strategik gerak saraf bagi mengembalikan keyakinan, kepercayaan dan pengaruh kerajaan dalam kalangan rakyat.

Menurut
 Sapawi, 
hasil kupasan daripada forum ini akan dapat membantu menangkis segala tohmahan tidak benar oleh pihak berkepentingan yang boleh menjejaskan imej kerajaan selain mendapatkan maklumat memperbaiki dan meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan selaras dengan tuntutan semasa yang diperlukan.

"Dengan erti kata yang lain adalah kemampuan kita menyaring data dan maklumat berkenaan sangat penting sebagai tindakan awal," jelas beliau.

Sapawi yang juga merangkap Exco Komunikasi dan Multimedia Negeri Sabah berkata demikian semasa menyampaikan ucapan perasmian Program Forum Isu Semasa Negeri Sabah 2013 bersempena Sambutan 50 tahun Sabah Maju Jaya Dalam Malaysia.

Pada masa sama, beliau 
ber
 bangga kerana majoriti rakyat di negeri ini sangat rasional dalam setiap tindakan mereka apabila berhadapan dengan isu-isu semasa dengan mengutamakan keharmonian dan perpaduan.

"Meskipun begitu, kita tidak dapat nafikan wujud golongan minoriti yang mengambil pendekatan yang tidak rasional namun jumlah itu tidak menggugat kestabilan perpaduan rakyat di negeri ini,"katanya.

Hadir sama 
Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Madius Tangau, Dekan Sekolah Sains Sosial, Universiti Malaysia Sabah, Profesor Dato' Haji Mohd. Hamdan bin Haji Adnan, 
Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Pengurusan dan Analisis Maklumat (BPAM), KKMM, Sulaiman Abdul Manan dan 
Pengarah Penerangan Sabah, Tuan Haji Almain Ajirul
 . -/PENERANGAN

No comments:

Post a Comment