Monday 30 September 2013

Program Pembangunan Ekonomi Bumiputera Bawa Manfaat Kepada Bumiputera Sabah

KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin program-program pembangunan ekonomi Bumiputera memberi manfaat besar kepada seluruh masyarakat Bumiputera di Sabah.

Beliau berkata taraf hidup masyarakat Bumiputera Sabah menunjukkan peningkatan, hasil daripada pelaksanaan program-program pembangunan khusus untuk golongan ini.

Dari segi pendapatan isi rumah di Sabah, Muhyiddin berkata terdapat peningkatan ketara yang mana pada tahun 2012 purata pendapatan isi rumah meningkat kepada RM4013 berbanding RM3102 pada tahun 2009.

"Dan untuk tahun 2013, ia akan terus meningkat," kata beliau semasa menyampaikan ucaptama sempena Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera di sini, pagi tadi.

Katanya, ia menunjukkan peningkatan sebanyak 29.4 peratus dengan kadar purata pertumbuhan 8.6 peratus setiap tahun. Peningkatan pendapatan isi rumah di luar bandar Sabah juga meningkat 33.8 peratus iaitu RM2177 pada tahun 2011 yang meningkat kepada RM2913.

Manakala di kawasan bandar meningkat sebanyak 22.7 peratus iaitu RM3803 perkapita pada tahun 2009 kepada RM4668 tahun 2012.

Tambah beliau kadar kemiskinan terus berkurangan daripada 19.7 peratus tahun 2009 kepada 8.1% pada tahun 2012.-/Penerangan.

No comments:

Post a Comment