Sunday 1 September 2013

Kelab Setia 1 Malaysia Melahirkan Pelajar Yang Cemerlang, Gemilang Dan Terbilang

Peserta Khemah Kerja Kelab 1Malaysia merakam kenangan bersama
KOTA BELUD
​: ​
Kelab Setia 1 Malaysia Jabatan Penerangan Malaysia merupakan landasan terbaik untuk melahirkan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
 
Selaras dengan objektifnya untuk melahirkan generasi pelapis yang setia, bersemangat patriotik, berdaya saing dan bertanggungjawab, menurut Pegawai Daerah Kota Belud, Abdul Ghani Itam.
       
Selain itu, kelab ini juga merupakan antara kelab yang ada di
​ ​
negara kita bertanggungjawab untuk menyemai dan meningkatkan semangat patriotik pelajar-pelajar, beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Penutupan Khemah Kerja Kelab 1Malaysia Peringkat Negeri di Kota Belud, hari ini.
 
“Penganjuran 
​p​
rogram kali ini adalah sangat sesuai kerana dijalankan pada bulan dan hari kemerdekaan disambut dan ini menambahkan lagi semangat cinta kepada 
​n​
egara dan menghargai perjuangan pemimpin-pemimpin masa lalu dalam usaha untuk menuntut kemerdekaan
​,​
” katanya.
 
Justeru itu, beliau berharap supaya program ini memberi kesan kepada peserta-peserta untuk meningkat semangat patriotik dan bersama-sama untuk menjaga dan memelihara keamanan dan kedaulatan negara
.​

Dalam ucapan terdahulu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian P
​er​
khidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Penerangan Sabah, Raymie Haji Amiril berkata program ini memberi ruang dan peluang kepada peserta (pelajar) untuk belajar bagaimana menjadi seorang pemimpin yang berwibawa pada masa akan datang dan belajar bersyukur dengan keamanan dan keharmonian 
​n​
egara
​.​
 
Jelas beliau​ lagi
, program ini juga memberi peluang kepada Jabatan Penerangan
​ Malaysia​
 untuk memasarkan dasar dan agenda kerajaan kepada pelajar-pelajar supaya dapat difahami, disokong dan dibudayakan
​.​

Program yang bertemakan “Penggerak Generasi Terbilang” ini disertai seramai 120 orang pelajar yang terdiri daripada sekolah-sekolah di bahagian Pantai Barat Utara (PBU) yang berlangsung selama tiga hari bermula 30 
​O​
gos hingga 1 
​S​
eptember 2013.
       
Hadir sama Pegawai Penerangan Bahagian Pantai Barat Utara, Sufian Musa dan kakitangan Jabatan Penerangan-/PENERANGAN

No comments:

Post a Comment