Kelihatan Ramlee (kiri) menyampaikan anugerah tokoh kemerdekaan kepada salah seorang penerima |
Kejadian Pencerobohan Pengganas suluk ke atas Lahad Datu dan insiden berdarah di Kampung Simunul, Semporna tempoh hari yang telah mengorbankan wira-wira negara jelas sekali memberi banyak makna kepada rakyat negeri ini tentang perlunya menghayati erti kemerdekaan yang sebenar.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Sepakat Komuniti 1Malaysia serta Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Daerah Semporna 2013 bertempat di Dewan Terbuka DUN Bugaya di kediamannya dekat sini, malam tadi.
Katanya, insiden berikut jelas sekali memberi iktibar tentang pentingnya semangat patriotisma dalam diri kita dan pada masa yang sama kemudaratan yang akan kita terima sekiranya kita sambil lewa dalam mempertahankan kedaulatan negara yang kita kecapi selama ini.
Ujar Ramlee lagi, sesungguhnya tema hari kemerdekaan Negara ke 56 pada tahun ini amat dekat di hati rakyat Sabah dalam mengenang kembali pengorbanan para anggota keselamatan Negara kita yang telah berjuang berhabis-habisan mempertahankan Negara dalam Ops Daulat yang lalu.
Justeru, beliau menyeru agar masyarakat negeri ini agar menyayangi dan terus mempertahankan kemerdekaan negara ini daripada dijajah oleh anasir-anasir luar demi kesejahteraan generasi kita pada masa hadapan, jelas beliau lagi.
Beliau memuji program KMJG yang diterajui oleh Jabatan Penerangan Malaysia bersama agensi dan serta jabatan kerajaan yang lain dalam menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan di kalangan masyarakat di negeri ini melalui kempen pengibaran Jalur Gemilang pada bulan kemerdekaan ini.
Majlis pada malam itu, turut dimeriahkan lagi dengan persembahan artis-artis Jabatan Penerangan Sabah yang menghiburkan para tetamu samping anugerah kepada tokoh-tokoh kemerdekaan daearah Semorna dan anugerah anak-anak merdeka.
No comments:
Post a Comment