Tun Haji Juhar (duduk tengah) bergambar kenangan bersama rombongan Datuk Jainab. |
KOTA KINABALU: Tuan
Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Tun Haji Juhar
Haji Mahiruddin menerima kunjungan hormat daripada MenteriPembangunan
Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid, di
Istana Negeri, pagi tadi.
Menurut Jainab, kunjungan hormat tersebut bertujuan untuk
mengundang Tun Haji Juhar untuk hadir ke Majlis Penutupan Bulan Kebajikan dan
Malam Penghargaan 2013 yang akan diadakan pada 27 September 2013 di Grand
Ballroom, The Pasific Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu.
Majlis tersebut merupakan majlis penutupan rasmi bagi Program
Bulan Kebajikan 2013 dan ia juga memberi pengiktirafan dan penghargaan kerajaan
negeri Sabah kepada individu serta organisasi di atas jasa dan bakti
serta sumbangan tenaga, masa dan wang ringgit dalam bidang kebajikan,
katanya
Terdapat beberapa Anugerah akan disampaikan pada malam
tersebut seperti Anugerah Sukarelawan Kebajikan 2013, Anugerah Sumbangan Ikhlas
2013 untuk organisasi dan Anugerah Muda 2013, katanya lagi.
Turut hadir Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal
Ehwal Pengguna Sabah, Anita Baranting.
Dalam majlis terdahulu, Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua
Negeri Sabah dan Isteri, Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Datuk RM
Jasni menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Perbadanan Kemajuan
Kraftangan Malaysia, Dato’ Sohaimi Shahadan.
Kunjungan itu bertujuan untuk memberi taklimat kepada Tuan
Yang Terutama tentang perkembangan industri Kraftangan di Sabah.
Menurut Sohaimi, objektif utama perbadanan ini adalah untuk
membantu usahawan dari segi bimbingan dan pemasaran produk mereka.
Selain itu, kami juga menekankan kualiti berbanding kuantiti
untuk tujuan pasaran dalam dan luar negara, katanya lagi.-/PENERANGAN
No comments:
Post a Comment