Yeoh Tiong Lay (tiga dari kiri) menerima surat watikah penyambungan pelantikan beliau sebagai Pro-Canselor UMS daripada Tun Haji Juhar |
KOTA KINABALU: Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin menerima kunjungan hormat Pro-Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS),Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Yeoh Tiong Lay dengan diringi oleh Naib Canselor Universiti tersebut, Profesor Datuk Dr. Mohd Harun Abdullah bersama ahli-ahli rombongannya di Istana Negeri dekat sini, petang tadi.
Kunjungan tersebut bertujuan bagi penyampaian watikah oleh Tun Haji Juhar selaku Canselor UMS kepada Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Yeoh Tiong Lay sebagai penyambungan tempoh lantikan beliau sebagai Pro- Canselor bagi universiti tersebut.
Penyambungan lantikan Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Yeoh Tiong Lay yang juga merupakan Pengerusi Eksekutif YTL Power International, sebagai Pro- Canselor UMS akan dilanjutkan selama dua tahun mulai 1 Julai tahun ini hingga bulan Jun 2015.
Selain beliau, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman juga merupakan Pro-Canselor bagi universiti tersebut.-/PENERANGAN
No comments:
Post a Comment