Tuesday, 17 September 2013

Jabatan Penerangan Meraihkan 29 Orang Anak-Anak Malaysia

Jailani (enam, kanan) menyempurnakan majlis gimik sambutan ulangtahun ke-50 Anak-Anak Malaysia sambil disaksikan oleh Ibrahim (tujuh,kanan).
KOTA KINABALU – Jabatan Penerangan Malaysia meraihkan seramai 29 orang Anak-Anak Malaysia di seluruh Negara hari ini.
Mereka ini adalah antara 1,080 orang yang lahir pada 16 september 1963 menurut Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Dato’ Jailani Johari.

Program yang julung kalinya ini adalah bertujuan untuk menghimpun induvidu-individu dari seluruh Negara yang lahir pada tarikh pembentukan Malaysia iaitu pada 16 September 1963, beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Himpunan Anak-Anak Malaysia Sempena Jubli Emas Pembentukkan Malaysia di Kota Kinabalu hari ini.

“Bagi menyemarakkan lagi Sambutan Jubli Emas pembentukkan Malaysia tahun ini, jabatan Penerangan Malaysia mengambil inisiatif khusus bagi menjayakan program Himpunan Anak-Anak Malaysia yang diadakan hari ini” katanya.
                
Dalam ucapan terdahulu, menurut Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Dato’ Haji Ibrahim Abdul Rahman berkata, objektif utama program ini adalah bertujuan untuk menyuburkan semangat semangat Patriotisme dan cintakan Negara khususnya dalam kalangan genersi baru hari ini, katanya.

“Saya optimis, jika masyarakat kita mempunyai kefahaman dan semangat cintakan Negara yang menebal di sanubari, pastinya nikmat keharmonian dan keamanan yang dinikmati bersama hari ini dapat kita wariskan untuk generasi hadapan”, katanya lagi.

Beliau berkata, selain daripada program ini, Jabatan Penerangan juga melaksanakan  pelbagai program lagi seperti Pameran Kemerdekaan Ke-56, Konvoi Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri dan Kebangsaan, Pertandingan Keceriaan Merdeka 2013, Pertandingan Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia peringkat Kebangsaan dan Pertandingan Video Pendek Merdeka sempena penubuhan Malaysia Ke-50, menurutnya lagi.

"Semua program yang dianjurkan ini mempunyai signifikan yang tinggi dalam usaha untuk mewujudkan sebuah masyarakat memiliki jati diri yang unggul” jelasnya.

Justeru itu, marilah kita sama-sama menyemarakkan Sambutan Hari Malaysia ini dengan benar-benar memahami sejarah pembentukan Negara yang kita cintai ini, sebagai tambahan beliau.-/PENERANGAN

No comments:

Post a Comment