Thursday 5 September 2013

Kibarkan Jalur Gemilangan Sebagai Tanda Kesetiaan Kepada Negara


PITAS : 
Rakyat
 perlu mengibarkan jalur gemilang terutamanya pada bulan kemerdekaan ini sebagai bukti kesetiaan kepada Negara.
                
Kesetiaan kepada Negara ini perlu dipupuk dan disemai terutamanya generasi muda kerana mereka adalah bakal menjadi pemimpin Negara dimasa hadapan menurut Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah, Datuk Bolkiah Haji Ismail.
                
Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Sambutan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang di Pekan Pitas anjuran bersama Jabatan Penerangan Sabah dan Pejabat Daerah Pitas, hari ini.
                
Kesetiaan kepada Negara ini secara langsung boleh menyumbang kepada perpaduan berbilang kaum, bangsa dan agama yang boleh menjamin dan memelihara keamanan dan keharmonian Negara yang tercinta ini, katanya.

“Kekuatan dan kemajuan sesebuah Negara adalah bergantung kepada kesetiaan rakyatnya kepada Negara dan kerajaan untuk sama-sama berganding bahu mempertahankan kedaulatan Negara
,"
 katanya lagi.

Selain itu, beliau juga menyeru semua rakyat untuk mengetahui dan memahami sejarah kemerdekaan kerana dengan caranya ini secara tidak langsung akan timbul semangat kesetiaan dan cinta kepada Negara yang tinggi
.

Dalam ucapan terdahulu, Pengerusi Ko-Nelayan Sabah, Datuk Mijol Unaini berkata beliau cukup gembira dengan sambutan yang ditunjukkan oleh warga Pitas 
dalam 
program ini dengan penglibatan lebih daripada 40 buah kenderaan pelbagai Jabatan, Agensi dan individu yang mengambil bahagian
.

Majlis Pelepasan Konvoi disempurnakan Datuk Mijol di pekan Kanibungan dan ketibaan disambut oleh Datuk Bolkiah di Tapak Tamu, Pitas.-/PENERANGAN

No comments:

Post a Comment