Kelihatan...Ketibaan Datuk Poziah ke majlis tersebut dengan disambut oleh Almain (kanan) serta tetamu kehormat yang lain. |
KOTA KINABALU : Pengarah Jabatan Penerangan Sabah, Haji Almain Ajirul bangga dengan pemilihan Negeri Sabah sebagai Tuan Rumah bagi penganjuran Pertandingan Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia Peringkat Kebangsaan yang diadakan bermula kelmarin hingga hari ini.
Melalui pertandingan tersebut, ia dapat memberi peluang kepada para peserta-peserta dari kesemua negeri yang mengambil bahagian mengenali negeri ini dengan lebih dekat lagi dari segi pelancongan dan kebudayaan.
Beliau berkata demikian pada Majlis Jamuan Makan Malam Kerajaan Negeri Sabah Sempena Pertandingan Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia Peringkat Kebangsaan 2013 di salah sebuah hotel terkemuka dekat sini, malam tadi.
Beliau juga turut berterima kasih terhadap kerajaan negeri Sabah yang turut membantu kejayaan penganjuran pertandingan tersebut disamping kerjasama dan komitmen oleh semua warga kerja Jabatan Penerangan Sabah yang telah bertungkus lumus memastikan pertandingan tersebut berjalan dengan lancar.
Sebanyak 15 kumpulan yang mewakili semua negeri termasuk Wilayah Persekutuan Labuan, telah bertanding di peringkat separuh akhir semalam yang diadakan di Kampus Universiti Teknologi Mara (UITM) Menggatal, bagi memilih lima kumpulan yang terbaik yang akan mara ke peringkat akhir.
Venu peringkat akhir pula akan diadakan di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah, Kota Kinabalu pada hari ini.
Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Penerangan Strategik) Jabatan Penerangan Malaysia yang mewakili Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Hajah Poziah Haji Abdul Rahman; Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Penerangan Malaysia, Tarmidzi Hashim serta wakil-wakil dan ketua jabatan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Sabah.-/PENERANGAN
No comments:
Post a Comment