KOTA KINABALU: Kelab Anggota Jabatan Penerangan Negeri Sabah (KAPSA) telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Merdeka
Raya
di perkarangan Wisma Dang Bandang, hari ini.
Ahli Parlimen Sipitang, YB Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad yang juga merangkap Exco Komunikasi dan Multimedia Negeri Sabah telah hadir sama di Majlis Rumah Terbuka Merdeka Raya di sini, tengah hari tadi.
Pada majlis itu, pelbagai juadah Raya yang menarik yang disaji dan disamping itu para hadirin juga dihiburkan dengan persembahan lagu-lagu raya oleh artis-artis PENTARAMA.
Dalam majlis itu turut diadakan pertandingan -pertandingan seperti Anugerah Gerai Kreatif yang mana telah dimenangi Jabatan Penerangan Bahagian Pantai Barat Utara dan Anugerah Gerai Paling Glamour yang dimenangi Jabatan Penerangan Bahagian Pedalaman Bawah.
Turut hadir Pengarah Penyiaran Sabah, Abdul Jalani Mahmud, Pengarah JASA, Haji Abdul Manap Lakariba, warga Wisma Dang Bandang dan orang ramai.-/PENERANGAN
No comments:
Post a Comment