Friday 6 September 2013

Lebih 3,000 Warga Kota Belud Memeriahkan Konvoi KMJG

Supian bergambar dengan Kakitangan dan Pelajar SMK Usukan, Kota Belud serta peserta-peserta Kembara
KOTA BELUD - Lebih daripada 3,000 warga Kota Belud yang sama-sama memeriahkan sambutan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) anjuran Jabatan Penerangan Sabah.

Ini menunjukkan sokongan padu rakyat terhadap kempen kibarkan jalur gemilang menurut Pegawai Penerangan Bahagian Pantai Barat Utara, Supian Musa.

Beliau berkata demikian semasa majlis sambutan konvoi KMJR peringkat negeri bahagian Pantai Barat Utara di SMK, Usukan Kota Belud, hari ini.

“Saya tidak menyangka sambutan yang begitu menggalakkan daripada warga Kota Belud dengan Kembara ini teruta
ma
nya generasi muda seperti pelajar
 ,
” katanya.

Justeru itu beliau menyeru kepada semua rakyat terutamanya generasi muda untuk sama-sama berganding bahu menjaga keamanan dan mempertahan kedaulatan Negara yang tercinta ini
.

Beliau yang juga merupakan ketua konvoi ini berharap agar masyarakat akan membuka mata untuk turut serta sama-sama menyemarakkan lagi sambutan hari kemerdekaan ini sebab kalau bukan kita rakyat Malaysia, siapa lagi yang akan mengibarkan jalur gemilang
.

“Ketepikan fahaman politik kerana hanya perpaduan kita semua yang dapat mempertahankan kedaulatan Negara,
" tambah 
beliau lagi.
                
Hadir sama pegawai-pegawai Penerangan daerah Bahagian Pantai Barat Utara dan kakitangna jabatan serta ahli-ahli komuniti 1Malaysia.-/PENERANGAN

No comments:

Post a Comment