Tuesday 3 September 2013

Sabah Contoh Terbaik Perpaduan

ALBUM..Tun Haji Juhar (duduk, tengah) merakamkan gambar kenangan bersama rombongan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan
KOTA KINABALU: Sabah merupakan contoh terbaik perpaduan dan keharmonian agama.

Pengerusi Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Dato' Dr Abdul Shukur Haji Husin berkata keharmonian yang telah wujud berpuluh tahun itu mesti dipertahankan.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertuan Negeri, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, pagi tadi.

Kunjungan disertai seramai dua puluh orang terdiri daripada mufti-mufti dari negeri-negeri seluruh Malaysia sempena Muzakarah Jawatankuasa Fatwah kali ke-104 yang diadakan sejak Isnin hingga Rabu ini di salah sebuah hotel terkemuka di sini.

Tun Haji Juhar turut menerima kunjungan rombongan Panel Penasihat Klinik Kesihatan (PPKK) Sabah yang diketuai pengerusinya, Chin Yet Min Stanley.

Kunjungan bertujuan untuk memaklumkan dan menjemput Tun Haji Juhar hadir ke Konvensyen PPKK Peringkat Kebangsaan di 1Borneo pada 25 hingga 27 September ini.

Menurut Jurucakap PPKK, Haji Pg Morshide Pg Omar konvensyen itu adalah kali pertama diadakan di Sabah.

Sejak penubuhannya pada tahun 1999, kini terdapat sebanyak 96 PPKK di klinik seluruh negeri ini./PENERERANGAN-

No comments:

Post a Comment