Wednesday, 4 September 2013

Lawatan Rasmi Menteri Komunikasi Dan Multimedia Ke Sabah

Selamat Datang .. ketibaan Ahmad Shabery disambut Ketua Biro BERNAMA Sabah Newmond Tibin di Teminal 2, Lapangan terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
KOTA KINABALU : Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek selamat tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu petang tadi bagi lawatan rasmi selama dua hari di Sabah. 

Sejurus tiba, beliau dijadualkan akan menonton wayang Tanda Putera bersama Yang DiPertua Negeri Sabah Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Bin Haji Mahiruddin di salah sebuah  pawagam di Kota Kinabalu.

Antara program yang dihadiri sepanjang berada di negeri ini termasuklah  melawat Tapak sempena Sambutan Jubli Emas Perayaan Hari Malaysia  yang ke-50  di Taman Prince Philip, Tanjung Aru serta mengadakan pertemuan bersama Ketua Menteri Sabah sebelum hadir Majlis Makan Tengahari bersama Pegawai-pegawai Jabatan Hal-Ehwal Khas Sabah (JASA).

Hadir menyambut ketibaan beliau Pengarah Penerangan Sabah, Tuan Haji Almain Bin Ajirul, Pengarah Penyiaran Sabah, Abdul Jalani Mahmud, Pengarah JASA, Tuan Haji Abdul Manap Lakariba serta Pengarah-Pengarah di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia negeri Sabah.-/PENERANGAN

No comments:

Post a Comment