Friday 6 September 2013

Ramlee Lepaskan Konvoi KMJG 2013 Daerah Semporna

Pelepasan konvoi oleh Ramlee yang mengelilingi daerah Semporna dan tamat di Padang Pekan Semporna.
SEMPORNA : Majlis pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2013 bagi Daerah Semporna telah di sempurnakan oleh   Pembantu Menteri Kewangan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.54 Bugaya, Datuk Haji Ramlee Marahaban di perkarangan Dewan Terbuka DUN Bugaya di kediamannya dekat sini, pagi tadi. 

Konvoi yang telah disertai oleh beberapa buah unit kenderaan daripada pelbagai jabatan serta 142 buah motorsikal dari Kelab Motorsikal Semporna yang di ketuai oleh Encik Akri Jaya dengan membawa kempen mengibarkan Jalur Gemilang sempena menyambut 56 tahun hari kemerdekaan tanah air.

Konvoi tersebut telah mengelilingi daerah Semporna dan seterusnya menamatkan kembaraan mereka di Padang Awam, Pekan Semporna pada tengaharinya.


Turut hadir dalam majlis pelepasan tersebut, Pegawai Daerah Semporna, AM. Ibnu AK Baba; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat Jabatan Penerangan Sabah, Raymie Amiril yang mewakili Pengarah Jabatan Penerangan serta Pegawai Penerangan Daerah Semporna, Marisa Gabot.-/PENERANGAN

No comments:

Post a Comment