Friday 13 September 2013

534 Jemaah Haji Sabah Berlepas Ke Madinah Ahad, Isnin

KOTA KINABALU : Seramai 534 orang jemaah haji Sabah akan berlepas ke Madinah pada Ahad ini dan Isnin depan.

Pengarah Operasi, Hajah Musalimah Mustaffa berkata penerbangan pertama menggunakan Penerbangan Malaysia pesawat KT23 yang membawa seramai 279 jemaah terus ke Madinah, pada Ahad ini.

“Pesawat KT 23 itu dijadualkan berlepas ke Madinah melalui LTAKK pada jam 4.40 petang, ahad ini.

“Penerbangan kedua iaitu pesawat KT 26 juga akan berlepas terus ke Madinah dengan membawa seramai 255 jemaah, pada jam 5.45 petang, isnin depan.

“Berbeza dengan operasi tahun sebelumnya, para waris hanya dibenarkan menghantar jemaah di kompleks berkenaan kerana enam buah bas telah disediakan untuk mengangkut jemaah ke LTAKK.

“Majlis pelepasan jemaah haji dijangka akan dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar bin Mahiruddin pada ahad ini,” katanya selepas Majlis Simulasi Operasi Haji 1434H di Kompleks Tabung Haji dekat Sembulan,petang tadi./PENERANGAN-

No comments:

Post a Comment