Almain (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Yahya ( tiga dari Kiri) pada majlis tersebut |
KOTA KINABALU : Ketamadunan
sesuatu bangsa bergantung dengan keunggulan budaya bangsa
itu sendiri, justeru martabatkanlah warisan budaya agar ia terus terpulihara
dan menjadi khazanah berharga
warisan turun temurun’.
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji
Yahya Hussin berkata demikian semasa merasmikan Majlis Malam Kemuncak Festival
Betitik Sabah 2013 Sempena Sambutan 50 Tahun Sabah Maju Jaya Dalam
Malaysia anjuran Komuniti 1 Malaysia Kampung Ulu/Ulu Putatan bertempat di
Dataran Golden Center, Putatan malam tadi.
Katanya, setiap bangsa mempunyai budaya warisan
masing-masing dan sudah pasti ia akan menjadi kebangaan bangsa itu sendiri.
Namun jika tiada usaha meneraju dan pengerak untuk memuliharanya sudah pasti
budaya bangsa tersebut sukar dipertahankan mahupun dibanggakan’.
Yahya, yang juga Menteri Pertanian dan Industeri Makanan
Sabah turut menghargai usaha kominiti 1 Malausia Kampung Ulu/ Ulu Seberang,
Putatan dengan sokongan padu Jabatan Penerangan Sabah yang terus bergerak aktif
mempertahankan penganjuran Festival Betitik Sabah yang mana telah memasuki
tahun ke enam.
Katanya, Festival ini amat penting bukan sekadar sebagai
salah satu daya tarikan sektor pelancungan yang mengiatkan ekonomi,
sosial dan pembangunan daerah Putatan, malah melaluinya penglibatan
golongan muda dapat digerakkan untuk sama-sama terlibat ke arah
pemuliharaan warisan budaya khususnya melalui seni muzik betitik.
Yahya yang hadir bersama Isteri, Datin Seri Panglima
Hajjah Siti Jauiah Haji Mohd Yunin, menganggap festival tahun ini amat istimewa
kerana diadakan seiring dengan sambutan 50 tahun Sabah Merdeka Dalam Malaysia.
Beliau turut menyeru agar seluruh rakyat Sabah khususnya masyarakat berbilang
kaum di daerah Putatan untuk hadir ke Taman Prince Philip, Tanjung Aru bagi
memeriahkan lagi Sambutan 50 Tahun Sabah Merdeka dalam Malaysia pada 16
September depan.
Festival Betitik Sabah bertemakan ‘Keunggulan Budaya,
Tonggak Ketamadunan Bangsa’ telah berlangsung selama tiga hari sejak
bermula jumaat lalu. Sebanyak 32 kumpulan terlibat pada Pertandingan
Bertitik yang dibahagikan kepada pelbagai kategori.
Festival turut dimeriahkan dengan Pertandingan Tarian Limbai kategori Dewasa
dan Remaja serta Pertandingan Lagu-lagu Bajau.
Turut hadir Pengarah Penerangan Sabah, Tuan Haji
Almain Bin Ajirul, Pengerusi Komuniti 1 Malaysia Kampung Ulu/ Ulu Putan
merangkap Pengarah Urusan Festival Betitik Sabah, Encik Awang Saifudin Haji
Jumat, serta Penolong Pegawai Daerah Putatan, Encik Hassan Haji Mahali.-/PENERANGAN
No comments:
Post a Comment