KOTA KINABALU:
Sabah akan menjadi tuan rumah Pertandingan Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia Peringkat Kebangsaan ke-10 tahun ini.
Pertandingan anjuran Jabatan Penerangan Malaysia itu akan berlangsung pada 13 September dan 14 September ini.
Pengarah Penerangan Sabah, Tuan Haji Almain Ajirul berkata ini merupakan kali kedua negeri Sabah dipilih menjadi tuan rumah pertandingan
tersebut
.
"Pertandingan Peringkat Separuh Akhir
yang diadakan di Dewan UiTM, Menggatal
melibatkan 15 kumpulan yang mewakili 15 buah negeri termasuk Wilayah Persekutuan Labuan.
Manakala Pertandingan Akhir
di Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah
akan melibatkan lima kumpulan teratas untuk memilih Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga," kata beliau semasa sidang akhbar Pertandingan Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia Peringkat Kebangsaan di sini, kelmarin.
Beliau berkata Johan akan menerima wang tunai RM6000, Naib Johan pula menerima RM5000 manakala tempat ketiga RM4000 berserta piala dan sijil.
Tambah beliau lagi, 12 kumpulan lain masing-masing juga akan membawa pulang sagu hati berupa wang tunai bernilai RM2000 berserta piala dan sijil.
Sementara itu, jelas Almain, objektif pertandingan ini adalah untuk menggalakkan masyarakat umum menyampaikan pandangan dan pendapat mengenai peristiwa-peristiwa bersejarah dan juga tokoh-tokoh yang telah diiktiraf kejayaan mereka di negara ini sebagai satu usaha pendidikan berterusan yang boleh dimanfaatkan dalam proses pembinaan negara bangsa dan jati diri rakyat Malaysia.
"Sesuai dengan tema pertandingan "Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku" akan memupuk dan menyuburkan semangat integrasi nasional antara wilayah, suku kaum, budaya, agama dan kepercayaan melalui rentetan sejarah dan perjuangan tokoh-tokoh negara semasa berjuang menentang penjajahan serta membina sebuah negara bangsa yang
berdaulat dan bermaruah," kata beliau.
Tema pertandingan tersebut dipilih bersempena dengan Sambutan Perayaan Kemerdekaan Negara kita tahun ini.
K
atanya Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB. Dato' Jailani Bin Johari dijadual menyempurnakan penutupan rasmi Pertandingan Akhir Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia Peringkat Kebangsaan pada 14 September (Sabtu) di Auditorium Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah.
Menurut beliau, Sabah pernah dinobatkan sebagai Johan pada tahun 2006 dan
bagi tahun ini
Kumpulan Suara Bayu akan mewakili negeri Sabah untuk berentap di dalam pertandingan ini nanti.-/Penerangan
No comments:
Post a Comment