Friday, 6 September 2013

Orang Ramai Dijemput Ke Sambutan Hari Malaysia 2013

Yahya (tengah) menunjukkan pelan trafik di kawasan Tanjung Aru sambil disaksikan oleh Pengarah Penerangan Sabah, Haji Alamain Ajirul (kiri) dan 
 
Timbalan Pengarah, Yunus Haji Saprin (kanan).
KOTA KINABALU : Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan acara sa
 m
butan Hari Malaysia
  Peringkat Kebangsaan dan sambutan
 50 tahun Sabah merdeka dalam Malaysia di Taman Prince Philip dekat Tanjung Aru, pada 16 September ini.

Timbalan Ketua Menteri merangkap pengerusi jawatankuasa induk sambutan itu, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin berkata acara tersebut akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Panglima Mohd Najib Tun Abdul Razak pada jam 8 malam.

"
 Sambutan ini
  turut dihadiri
 Timbalan Perdana Menteri
 , Tan Sri Datuk Seri Panglima haji Muhyiddin Mohd Yassin.

"Beberapa artis terkemuka tanah air seperti Jacklyn Victor, Sheila Hamzah, Hafuz, Stacy, Faizal Tahir, Fauzaih Gambus, One Nation MC, Azlan Typewritter dan Jimmy Palikat akan membuat persembahan.

"Selain pertunjukan kereta berhias, ratusan hadiah lumayan menunggu para pengunjung bertuah," katanya pada sidang media sambutan tersebut di pejabatnya, pagi tadi.

Menurut beliau, pada majlis tersebut juga orang ramai berpeluang melawat rumah-rumah tradisi terdiri daripadaTeratak Tradisi Brunei, Walai Tradisi Ranau, Rumah Bajau Saama, Vinatang Tradisi Rungus dan Lansaran Tradisi Murut.

Sempena sambutan perayaan itu juga, Najib akan
  merasmikan Majlis Pelancaran
 
S
yiling
  Ema
s yang dikeluarkan oleh Bank Negara  dan
 Najlis Pelancaran
 Tanjung Aru Eco Development.

Mengenai kemungkinan berlaku masalah kesesakan, Yahya berkata, kerja-kerja pelebaran jalan raya kini sedang dilakukan oleh pihak JKR dan parkir yang telah disediakan boleh memuatkan sehingga lima ribu kenderaan.

"Beberapa bas juga telah disediakan antaranya di perhentian bas Wisma MUIS dan perhentian bas depan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) di Sembulan.

"Keretapi Negeri Sabah juga bakal menyediakan tempat duduk secara percuma bagi orang ramai dari Daearah Papar dan Beaufort," jelas beliau.

Dijangkakan seramai 50 ribu orang akan hadir 
meraikan 
Hari Malaysia peringkat kebangsaan dan sambutan ulang tahun jubli emas kemerdekaan Sabah.

Bertemakan
 '50 Tahun Sabah Maju Jaya Dalam Malaysia' , Yahya
  berkata tema itu 
 menggambarkan keadaan negeri yang pesat membangun dengan infrastruktur dan prasarana yang membantu meningkatkan sosio-ekonomi negeri.
  /PENERANGAN-

No comments:

Post a Comment