Tuesday, 3 September 2013

Pupuk Semangat Patriotik Dari Akar Umbi

Konvoi Kembara Merdeka bersama-sama pelajar-pelajar turut serta berkempen mengibarkan jalur gemilang
KUDAT
 : 
Pupuk semangat patriotik dari akar umbi untuk melahirkan generasi muda yang cinta kepada Negara.

Semangat cintakan Negara perlu di semai dari peringkat awal supaya generasi muda tahu erti kemerdekaan dan akan bersama-sama untuk menjaga dan mempertahankan kedaulatan Negara
, kata
Pegawai Penerangan Bahagia
n
 Pantai Barat Utara (PBU) Supian Musa.

Beliau yang juga merupakan ketua Konvoi berkata tugas untuk menjaga kedaulatan Negara yang tercinta ini adalah tanggungjawab bersama yang perlu dipikul oleh semua rakyat Malaysia, beliau berkata demikian semasa Majlis Sambutan Kembara Merdeka Jalur Gemilang di SMK Pekan Kudat II, Kudat,hari ini.

“Sebagai jabatan yang bertanggungjawab untuk memasarkan dasar dan agenda kerajaan,
 
Jabatan Penerangan melaksanakan program ini adalah untuk mendekati masyarakat supaya sama-sama menghayati erti kemerdekaan dan menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan ini, katanya lagi.

Dalam ucapan terdahulu, Pengetua Sekolah S
ekolah 
M
enengah 
K
ebangsaan
 Pekan Kudat II, Nurul Izzati Abdullah berkata program ini sangat sesuai untuk  memupuk semangat patriotik d
alam 
kalangan pelajar supaya mereka mengenang jasa dan pengorbanan pemimpin-pemimpin lalu dan seterusnya menghayati erti kemerdekaan sebenar
.

“Saya berterima kasih dengan usaha murni 
J
abatan Penerangan ini yang mengajak masyarakat untuk sama-sama menyemarakkan lagi sambutan hari kemerdekaan Negara kita yang tercinta ini” katanya lagi.

Ketibaan Konvoi Kembara disambut kira-kira 700 orang pelajar dan kakitangan sekolah ini yang sama-sama mengibarkan jalur gemilang sebagai tanda cintakan 
negara
 .
 -/
PENERANGAN

No comments:

Post a Comment