Monday, 9 September 2013

Prosiding Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing di Sabah disambung hari ini

KOTA KINABALU: Prosiding Suruhanjaya Siasatan Pendatang Asing di Sabah akan disambung semula selama enam hari bermula hari ini (9 September) sehingga 12 September dan 19 September sehingga 20 September.

Prosiding akan dijalankan di Mahkamah Persekutuan, Kompleks Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, Sabah mulai jam 9.30 pagi.

Setakat ini seramai 202 orang saksi telah selesai memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya dan sebelum ini prosiding telah diadakan sebanyak sepuluh kali sejak Januari 2013.-/PENERANGAN

No comments:

Post a Comment