Kelihatan.. Tun Haji Juhar sempat bersalaman dengan salah seorang bakal haji, Mohd Lin Haji Lajim, 86, dari Putatan |
KOTA KINABALU : Tuan Yang Terutama Yang Di-pertua
Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin dan
isteri, Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Datuk R.M.
Jasni berkenan menghadiri Majlis Meraikan Keberangkatan Bakal Jemaah Haji
Negeri Sabah bagi tahun 1434 Hijrah/2013 Masihi di Ballroom Tun Sakaran, TH
Hotel, Kompleks Tabung Haji
Sembulan, Kota Kinabalu, petang tadi.
Pada majlis itu, rombongan haji pertama dari Sabah berjumlah
seramai 279 orang berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
melalui bangunan Kompleks Tabung Haji Sembulan dengan menaiki lapan buah bas.
Rombongan berlepas ke Madinah, Arab Saudi dengan menaiki
Pesawat KT 23 Penerbangan Malaysia (MAS) pada jam 4.40 petang.
Penerbangan tersebut dijangka sampai di Madinah pada jam
10.05 minit malam waktu Madinah dan rombongan dijangka berada di Tanah Suci
selama 51 hari untuk mengerjakan ibadah haji.
Penerbangan rombongan haji kedua melibatkan seramai 279 orang
jemaah pula dijadualkan berlepas ke Tanah Suci menerusi penerbangan KT 26,
esok.
Turut hadir, Pembantu
Menteri kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Haji Mohd Arifin Arif; Pengurus Besar Kanan
Jabatan Kewangan Korporat dan Perkhidmatan Lembaga Tabung mewakili Pengarah
Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Haji Mohd
Hisham Harun dan Mufti Negeri, Sahibus Samahah Ustaz Bungsu Aziz
Jaafar./PENERANGAN-
No comments:
Post a Comment