Friday 13 September 2013

Makan Malam Sempena Pertandingan Pengisahan Kenegaraan 1 Malaysia Kebangsaan

Poziah (dua dari kiri) disambut mesra oleh Almain (Kiri) sejurus tiba ke majlis meraikan peserta Pertandingan Pengisahan
Kota Kinabalu : Sebanyak lebih 70 peserta Pertandingan Pengisahan Kenegaraan 1Malaysia Peringkat Kebangsaan diraikan pada Majlis Makan Malam Bersama Ketua Pengarah Penerangan Malaysia dekat sini  semalam.

Pertandingan ini melibatkan 15 kumpulan daripada 15 buah negeri termasuk peserta daripada Wilayah Persekutuan Labuan. 

Timbalan Ketua Pengarah  Penerangan  Datuk Poziah Haji Abdul Rahman berkata majlis ini diadakan untuk mengukuhkan dan mengeratkan lagi silaturahim antara peserta dari pelbagai negeri.

‘Kalah Menang adat pertandingan, tetapi apa yang lebih utama adalah perpaduan antara kita dan hubungan yang terjalin akan kekal,  mesra dan berpanjangan selamanya’, kata beliau semasa mewakili Ketua Pengarah Penerangan Malaysia, Dato’ Haji Ibrahim Abdul Rahman untuk menyampaikan  ucapan alu-aluan pada majlis tersebut.

Semantara itu, beliau berharap semua kumpulan yang bertanding  dapat meluangkan masa dan terus berada di negeri ini bagi menyaksikan sendiri kemeriahan  sambutan  Hari Malaysia  dan Sabah Maju Jaya  ke-50 Tahun Dalam Malaysia yang akan berlangsung 16 September ini bertempat di  Taman Prince Philip, Tanjung Aru nanti.

Turut hadir pada majlis Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan)  Encik Tarmidzi Hashim, Pengarah Penerangan Sabah, Tuan Haji Almain Ajirul serta Pengarah-Pengarah Penerangan Negeri seluruh Malaysia.-/Penerangan

No comments:

Post a Comment