KOTA KINABALU : Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Datuk R.M. Jasni hadir ke Majlis Tayangan Filem Tanda Putera di Golden Screen Cinema (GSC), Kompleks Beli Belah Suria Sabah, malam tadi.
Tayangan filem arahan Datin Paduka Suhaimi Baba itu adalah anjuran bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM). Ia turut disaksikan lebih 200 orang penonton di Dewan 1 kompleks berkenaan.
Tayangan itu juga sempena dengan sambutan bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia yang memaparkan kisah perjuangan mantan Perdana Menteri Malaysia kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak.
Hadir sama, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan; Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Sairin Karno; Ketua Setiausaha KKMM, Dato Sri Kamamaruddin Siaraf.
Turut kelihatan, Rusdi Ramli dan Kuza antara barisan pelakon yang membentangi filem patriotisme tersebut.-/PENERANGAN
No comments:
Post a Comment