Friday 13 September 2013

TYT Dan Toh Puan Hadiri Majlis Majlis Tahlil Dan Doa Selamat Sempena Sambutan Perayaan 50 Tahun Sabah Merdeka Dalam Malaysia 1434h/2013


KOTA KINABALU : Tuan Yang Terutama Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddindan Isteri Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Datuk RM Jasni telah berkenan menghadiri Majlis Tahlil dan Doa Selamat sempena sambutan Perayaan 50 tahun Sabah Merdeka Dalam Malaysia 1434h/2013 yang diadakan di Masjid Negeri, Sembulan malam tadi.
Pada majlis itu, Tun Juhar dan Toh Puan Hajah Norlidah berkenan menunaikan solat Maghrib dan Isyak bersama masyarakat Islam yang hadir.
Bacaan tahlil telah dibimbing oleh Timbalan Imam Besar Masjid Negeri, Ustaz Zulfauzy Ag. Besar manakala bacaan doa pula telah dipimpin oleh Mufti Kerajaan Negeri Sabah Sahibus Samahah, Ustaz Bungsu@Aziz Bin Hj Jaafar.
Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin, Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman, Menteri-menteri kabinet serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.-/Penerangan

No comments:

Post a Comment