Monday 16 September 2013

TYT Rasmi Rumah Tradisi Sabah

KRAFTANGAN…Hajah Norlidah menerima cenderamata berupa kraftangan di Banso Sama.
KOTA KINABALU :  Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah Datuk R.M. Jasni merasmikan Rumah-rumah Tradisi Sabah sempena sambutan Perayaan 50 Tahun Sabah Merdeka Dalam Malaysia di Taman Prince Philip, Tanjung Aru, malam tadi.

Tun Haji Juhar dan Hajah Norlidah diiringi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan isteri, Datin Seri Panglima Hajah Faridah Haji Tussin melawat ke lima-lima buah rumah tradisi iaitu Rumah Brunei (Teratak Brunei), Walai Ranau, Rumah Bajau (Banso Sama), Rumah Rungus (Vinatang) dan Rumah Panjang Murut (Pahun Sinompitpit) yang mempunyai lansaran.

Rumah-rumah yang dikunjungi telah memperlihatkan kekayaan serta keunikan budaya etnik masing-masing termasuk kostum pakaian, makanan tradisi, reka bentuk rumah, hiasan dalaman dan produk kraftangan.

Antara yang hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said dan isteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Raya Erom; Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan berkenaan serta isteri, Datin Seri Panglima Hajah Siti Jouyah Mohd Yunin./PENERANGAN-

No comments:

Post a Comment